fbpx

Just Kitchen perkenal restoran maya, MrBeast Burger pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menu MrBeast Burger.

PETALING JAYA – Jenama restoran maya Amerika, MrBeast Burger berjaya menembusi pasaran Malaysia apabila membuka cawangan pertama di negara ini menerusi platform Just Kitchen.

Just Kitchen dalam kenyataan berkata, jenama tersebut akan tersedia di pasaran Malaysia bermula November ini, manakala di pasaran Filipina adalah pada awal Disember.

“Jenama itu mula dilancarkan pada November 2020, dan pada September 2022, MrBeast Burger membuka kedai fizikal pertamanya di American Dream Mall di New York City.

“Berpegang teguh kepada konsep ‘cloud kitchen’, MrBeast Burger akan dibuka secara eksklusif di sini menerusi aplikasi COOX daripada Just Kitchen di Bukit Bintang (6, Jalan Utara) dan Glo Damansara Mall,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, sempena pelancarannya, Just Kitchen menawarkan diskaun sebanyak 35 peratus untuk setiap item MrBeast Burger melalui aplikasi COOX.

“MrBeast Burger juga boleh didapati menerusi platform perkhidmatan penghantaran lain seperti ShopeeFood, GrabFood dan FoodPanda,” ujarnya.

Pengasasnya, Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai MrBeast merupakan seorang YouTuber Amerika dan telah melancarkan beberapa cawangan restoran tersebut di Taiwan dan Hong Kong hujung tahun lalu.

Beliau yang mengendalikan pelbagai saluran platform seperti MrBeast Gaming, Beast Reacts, MrBeast Shorts dan saluran dermawan terkini mempunyai sejumlah 200 juta ‘subscriber’ (pelanggan) di semua salurannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN