fbpx

Dikecam gara-gara mahu jodoh lulus MUET band 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendapat perhatian netizen apabila tampil mencari jodoh di Twitter @TwtJodohMY.

Apa yang menarik perhatian pengguna media sosial ialah senarai ciri-ciri wanita idaman lelaki tersebut yang mahukan wanita berkelulusan MUET (Malaysian University English Test) sekurang-kurangnya band 4.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mempersoalkan ciri-ciri wanita idaman yang dinyatakan oleh lelaki itu.

Ada juga pengguna yang mengkritik usianya masih muda dan belum bersedia dalam mencari pasangan hidup.

Tangkap layar hantaran yang tular di Twitter.

Melihat pelbagai komen negatif diberikan, lelaki itu yang dikenali sebagai Arjuna tampil menjelaskan dia amat mementingkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Kenapa MUET? Mengapa tidak? MUET kan memang menilai kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris? Saya menghargai komunikasi jadi saya perincikan ciri-ciri yang senang difahami dengan meletakkan ‘keputusan MUET’ sebagai keperluan.

“Bagaimanapun, itu cuma ‘pilihan’ dan hanya sekadar meletakkan elemen lucu dalam Tweet saya,” katanya.

Arjuna turut mengatakan dia serius mahu menjalinkan hubungan dan berasa tidak salah untuk memilih dalam soal jodoh.

“Saya mahukan hubungan yang matang dan saya rasa TwtJodoh ada orang yang betul-betul mahukan perkara sama. Mungkin 24 tahun usia yang muda, tetapi tak salah kan?

“Pekerjaan pukul 9 sampai 5 pun banyak ciri-ciri perlu dipenuhi, inikan pula nak cari teman seumur hidup,” ujarnya.

Susulan ciapannya itu, perkataan MUET juga menjadi sohor kini di Twitter sejak semalam apabila hampir 10,000 ciapan dibuat menggunakan kata kunci itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI