fbpx

Buka baju, saya okey tapi ada batas – Hariz Hamdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI pelakon kata Hariz Hamdan, dia terbuka dengan permintaan pengarah untuk merealisasikan wataknya tetapi perlu ada had.

CYBERJAYA – Pelakon baharu yang kini sedang meningkat naik, Hariz Hamdan mengakui dia bersikap terbuka andai diminta pengarah untuk menayangkan badan dalam drama lakonannya.

Menurut Hariz, 20, sebagai pelakon dia mempunyai tanggungjawab untuk menjayakan watak sebaik mungkin namun, tetap ada batasannya.

“Sebagai pelakon apa yang diminta pengarah saya akan bagi kerana itu adalah sebagai kerja pelakon. Pengarah minta saya buka baju, saya akan buat tetapi tidak berlebihan.

“Sebelum ini saya pernah buka baju dalam sebuah drama. Itupun saya mengambil masa yang lama berbincang dengan pengarah mengenai babak tersebut.

“Sebagai manusia saya mempunyai hak dan ada batasnya. Saya juga ada maruah untuk dijaga, bukan buat apa sahaja demi mendapatkan tawaran lakonan,” ujar Hariz yang ditemui pada sesi fotografi di DXN Cyberville, Cyberjaya baru-baru ini.

Hariz disoal mengenai isu berkenaan selepas dia menayangkan badannya dalam drama Biarkan Ia Pergi yang ditayangkan menerusi TV3.

Dalam perkembangan lain, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu kini sedang mempersiapkan dirinya untuk memasuki set penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel popular, Andai Itu Takdirnya.

Bakal bergandingan dengan barisan pelakon berkaliber seperti Nad Zainal dan Syukri Yahaya, Hariz mengambil inisiatif memasuki kelas lakonan bersama aktres Ellie Suriaty.

“Meskipun telah membintangi beberapa buah drama sebelum ini, namun saya sedar novel Andai Itu Takdirnya mempunyai pengikut yang ramai.

“Ditambah berlakon dengan Nad dan Syukri yang kita tahu memang seorang pelakon yang hebat, jadi saya mahu lakonan saya kelihatan baik.

“Jujur, seram juga tetapi ini adalah peluang yang terbaik, jadi saya tidak mahu sia-siakan kepercayaan yang diberi oleh pihak produksi.

“Bagi meningkatkan mutu lakonan saya percaya perlu ada inisiatif daripada itu pelakon sendiri,” tutur Hariz yang akan memulakan penggambaran drama 60 episod itu dalam bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI