fbpx

Black Adam, sebuah introduksi melangit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI sebuah pengenalan terhadap adi wira baharu, segala kelemahan kali ini harap diperbaiki dalam kesinambungan atau sekuel Black Adam yang akan datang.

BERPELUANG menonton filem terbaharu komik DC, Black Adam di panggung premium, IndulgeTGV Sunway Velocity, Kuala Lumpur memberi pengalaman berbeza dan ternyata, karya garapan sutradara Jaume Collet-Serra tersebut sebuah karya menarik.

Terkandung kualiti tersendiri, pada masa sama terdapat juga beberapa kelemahan yang barangkali atau semestinya akan dibaik pulih untuk versi sekuelnya.

Mengapa perihal tersebut yang dinyatakan terlebih dahulu? Buat penonton yang sudah habis menyaksikan filem tersebut, kalian pastinya faham apa yang dimaksudkan penulis.

Bak kata golongan ‘Gen Z’, ‘iykyk’ atau frasa penuhnya, ‘if you know, you know’, penulis enggan membocorkan ‘spoiler’ kerana itu adalah jenayah terbesar buat pengulas filem, waima hanya berstatus picisan sahaja pandangannya.

Pengenalan Black Adam

Black Adam dijayakan bintang hebat, Dwayne Johnson yang turut mencernakan karakter Teth-Adam sebenarnya bukanlah sebuah naskhah mengecewakan sebagaimana rating yang dikeluarkan Rotten Tomatoes.

Filem berkenaan adalah karya introduksi atau pengenalan karakter Black Adam kepada para peminat adi wira komik DC.

Sungguh, tidaklah seteruk sehinggakan Tomatometer memberikan markah 39 peratus berbanding skor audiens yang mencecah markah 90 peratus.

Secara peribadi, penulis berani menyifatkan Black Adam sebuah karya yang garapannya bersifat ‘ambitious’ (angan-angan melangit).

Semuanya terlalu ‘ambitious’, baik dari segi teknikal (terutama teknik imej janaan komputer – CGI), terjemahan karakter dan perihal lain.

Sepanjang 30 minit awal penceritaan, Black Adam membuatkan penonton terfikir, CGI yang dijayakan terlalu menggunung.

Tidak menyalahkan tenaga kreatif aspek tersebut memandangkan Black Adam sendiri adalah satu watak kuno sangat berkuasa.

Bukan menjangkakan sesuatu yang terlalu bersifat manusiawi tetapi selepas Joker (versi Joaquin Phoenix) dan The Batman (Robert Pattinson), tidak salah mengharapkan sesuatu yang sedikit ‘dark’ daripada komik DC.

Terjemahan karakter

Terjemahan karakter Teth-Adam atau Black Adam oleh Dwayne Johnson memberikan impak yang kuat, namun tidaklah sampai berhari-hari audiens akan bercakap tentang keberkesanan lakonannya.

Seperkara lagi, kostum Teth-Adam barangkali duduk di carta paling buruk dalam senarai adi wira. Tak tahu apa realiti sebenarnya dalam komik DC namun ‘busana’ yang digayakan Dwayne, termasuk dalam aspek kurang digemari secara peribadi.

Bahkan kostum Peacemaker yang dijayakan John Cena dalam The Suicide Squad pun tidak terlalu mengundang rasa jelek seperti apa dicernakan Dwayne atau The Rock dalam Black Adam.

Karakter ahli Justice Society of America (JSA) seperti Hawkman, Doctor Fate, Cyclone dan Atom Smasher juga mencernakan adrenalin berbelah-bahagi.

Tak tahu tentang orang lain tetapi barangkali hanya watak Doctor Fate (lakonan Pierce Brosnan) yang bersarang di benak fikiran. Smasher kadang-kadang membuatkan penulis terfikir, apa relevan kewujudannya.

Cyclone pun tidak begitu membekas terjemahan karakternya. Barangkali semua yang lanjut akan lebih ditonjolkan dalam filem-filem DC akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI