fbpx

Angkasa sasar 200 rangkaian Coop Farmasi menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah (tiga kanan) menukar dokumen bersama Pengerusi Koputra, Zaharuddin Alias (tiga kiri) pada majlis menandatangani perjanjian rangkaian Coop Farmasi antara Angkasa dan Koputra di Wisma Ungku Aziz hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sasar untuk mewujudkan 200 rangkaian penjagaan diri dan kesihatan, Coop Farmasi, menjelang tahun 2025.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, ia bermatlamat untuk menjadikan Angkasa antara saluran yang berjaya menguasai industri farmasi negara.

“Kita nak libatkan sebanyak mungkin koperasi yang terlibat dalam bidang farmasi.

“Secara tidak langsung peluang pekerjaan dalam kalangan anak-anak ahli koperasi boleh diwujudkan sebanyak mungkin,” katanya ketika ditemui di Wisma Ungku Aziz di sini, hari ini.

Beliau berkata, Angkasa kini menyediakan perkhidmatan farmasi kepada koperasi-koperasi termasuk membantu mencari lokasi strategik hingga ia sedia untuk beroperasi.

“Selain pembekalan ubat yang lebih rendah kosnya, kami juga bertindak sebagai konsultan.

“Bukan itu sahaja, kami akan buat analisis jualan dan bantu dapatkan ahli farmasi terbaik menerusi tenaga pakar yang ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian dengan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra), atas tujuan sama di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI