fbpx

Wanita tawar khidmat uji kesetiaan cinta lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA muda akan menggoda lelaki dan menyerahkan bukti kepada pasangan mereka. - Olena Kamenetska/Unsplash

BRASILIA – Satu pekerjaan baharu muncul di Brazil dengan sebilangan wanita muda menawarkan khidmat menguji tahap kesetiaan pasangan pelanggan secara online, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Bidang pekerjaan itu kini menjadi sangat popular di media sosial Brazil termasuk di laman TikTok dan Instagram.

Pekerjaan itu kebiasaannya dilakukan oleh wanita muda dengan mengenakan bayaran antara AS$4 (RM18) hingga AS$30 (RM142). Mereka akan menguji tahap kesetiaan seorang lelaki terhadap isteri atau teman wanita sebelum menyerahkan bukti kepada pelanggan.

Mereka akan menghantar mesej peribadi di Instagram atau WhatsApp dengan berpura-pura mendapatkan nombor itu daripada kenalan.

Setelah menggoda lelaki secara dalam talian, mereka akan mengambil tangkap layar mesej perbualan dan apa-apa gambar yang dikongsi untuk menyerahkan bukti-bukti itu kepada pelanggan.

Laman berita Universea menemu ramah seorang pemeriksa kesetiaan, Nicolly, 22, mengenai pekerjaannya. Wanita itu baharu sahaja melahirkan anak dan tiada pekerjaan ketika didatangi seorang wanita untuk memeriksa tahap kesetiaan pasangannya.

“Dia datang kepada saya di Instagram, mengatakan bahawa saya sangat cantik dan memiliki ciri-ciri wanita yang disukai suaminya.

“Dia sangat curiga dengan lelaki itu kerana telah menipunya beberapa kali. Disebabkan itu, dia mahu saya menggoda suaminya untuk melihat sama ada lelaki itu akan jatuh cinta,” kata Nicolly.

Nicolly menggoda lelaki berkenaan dan menghantar bukti kepada pelanggannya. Tidak lama kemudian, dia didekati wanita lain dengan permintaan sama dan hari ini, dia mampu menjana pendapatan antara AS$800 (RM3,793) hingga AS$1000 (RM4,742). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI