fbpx

Wanita berang dikenakan ‘caj pembersihan’ selepas lahir anak dalam teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARAH melahirkan anak perempuannya selepas 5 minit bertolak. - Doug Seeburg/News Group Newspapers Ltd

LONDON – Seorang wanita di Britain yang melahirkan anak di tempat duduk belakang sebuah teksi terkejut apabila syarikat pengangkutan itu menghantar bil ‘pembersihan’ kepadanya yang berharga £60 (RM327), lapor akhbar The Sun semalam.

Farah Cacanindin, 26, tanpa diduga melahirkan anak perempuannya, Naia, di dalam sebuah van teksi semasa dalam perjalanan sejauh 20 kilometer (km) menuju ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin. 

Pemandu teksi itu telah menelefon kakitangan di Hospital Stoke Mandeville semasa dalam perjalanan.

Beberapa hari kemudian, Farah yang tinggal di bandar High Wycombe, Buckinghamshire menerima bil sebanyak £90 (RM490) termasuk tambang teksi berharga £30 (RM163).

“Saya memahami bahawa saya telah meninggalkan kotoran, tetapi agak menjadi kurang sopan untuk mereka mengenakan bayaran. Air ketuban saya pecah 5 minit selepas bertolak.

“Pemandu itu bertanya sama ada saya mahu dia berhenti tetapi saya meminta dia meneruskan perjalanan kerana percaya kami akan sampai sebelum bayi dilahirkan,” katanya.

Farah menyelimut anaknya menggunakan jaket setelah tiba di hospital.

“Apabila tiba di hospital, bidan sedang menunggu dan terkejut.

“Perkara yang melucukan adalah syarikat teksi itu terletak berhampiran jalan ke rumah kami. Saya nampak van yang saya naiki ketika melahirkan anak betul-betul di luar rumah,” jelas Farah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI