fbpx

Suhaimi Saad anggap mengundi macam berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAMI Saad mengakui dia tidak akan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad tidak bersetuju dengan pemilihan pemimpin yang dibuat berdasarkan proses pengundian.

Baginya, perkara tersebut menjadi sebahagian dari menyokong kegiatan judi kerana seseorang calon akan mengeluarkan wang pertaruhan.

Pendapat Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd. Suhaimi Saad, 42, dilontarkan menerusi hantaran video dalam aplikasi TikTok miliknya.

“Orang yang jadi calon akan keluarkan wang pertaruhan. Kalau kalah, hangus duit itu. Itu adalah judi.

“Tidak kira parti apa sekali pun, kalau pemimpin sudah berjudi takkan nak angkat sebagai wakil rakyat atau pemimpin,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Kadang Kadang Rindu Kadang Kadang Lupa itu tidak melarang masyarakat untuk keluar mengundi.

Dia percaya setiap orang memiliki kefahaman agama yang berbeza terutamanya dirinya.

Akan tetapi dia mengakui tidak akan turun mengundi meskipun ada pihak yang memaksanya berbuat demikian.

“Nak mengundi silakan, tetapi esok jawab sendiri dengan Allah. Allah sendiri suruh bersatu padu dan jangan pecah belah,” tambahnya.

Sebelum ini, Suhaimi pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia menolak sekeras-kerasnya pengambilan vaksin Covid-19 tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI