fbpx

Semoga kutukan cercaan, hinaan bertukar menjadi pahala – Kazim Elias 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim.

PETALING JAYA- Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias mendoakan agar cercaan dan hinaan orang ramai terhadap dirinya bertukar menjadi pahala, dalam satu hantaran di akaun Instagram beliau, tengahari tadi. 

Hantaran tersebut dimuat naik sejurus Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon terbaharu yang dipertaruhkan mereka bagi menggantikan Ustaz Kazim ialah Ketua Koordinasi Komunikasi BN, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud.

Ustaz Kazim turut memuat naik gambar beliau dihadapan Masjid Quba, Madinah pagi tadi, sebelum pengumuman penarikan diri itu dibuat. 

“Allahuakhbar. Melihat orang dari jauh, baik selidik dahulu dan apapun, doa dan mengharap kepada Allah,” katanya. 

Malam tadi Ustaz Kazim mencipta kejutan apabila Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ustaz Kazim sebagai salah seorang calon Barisan Nasional pada PRU15, 19 November depan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI