PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak akan hadir pada majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan kerana kehilangan suara dan demam teruk.
Rafizi dalam satu hantaran di Facebook memberitahu beliau sudah mula hilang suara sebanyak 90 peratus dan hanya tidur antara dua hingga tiga jam sehari sejak sebulan lalu.
“Terpaksa buat pengumuman mengejut. Semua jentera dimohon beri saya 24 jam untuk dapatkan semula suara supaya dapat berkempen di Merbok esok.
“Saya dinasihatkan berehat dan tidak bercakap dalam tempoh 24 jam. Jadi, saya tidak dapat hadir ke majlis pelancaran manifesto PH esok,” katanya.
Menurut Rafizi, beliau akan kembali dengan sidang media di pejabat Keadilan yang berwajah baharu. – KOSMO! ONLINE