fbpx

PRU15: Tujuh lokasi panas dikenal pasti di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (tiga dari kanan) memeriksa persiapan Pasukan Unit Tempur Ringan bagi menghadapi PRU15 di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan memberi fokus kepada tujuh lokasi panas di negeri ini yang dikhuatiri berisiko tinggi mencetuskan kekecohan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula Sabtu ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, tujuh lokasi tersebut terletak di Dungun (dua) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Hulu Terengganu.

“Tujuh lokasi panas ini dikenalpasti berdasarkan situasi lampau, calon dan kelompok tertentu yang dikhuatiri boleh mencetuskan insiden menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Selain pemantauan di kawasan terbabit, kita juga memantau status-status berbaur provokasi di media sosial sepanjang musim pilihan raya ini,” katanya selepas menyampaikan taklimat PRU15 di ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rohaimi berkata, seramai 3, 278 pegawai dan anggota polis akan terlibat mengawal perjalanan PRU15 di lapan kawasan Parlimen di Terengganu.

Jelas beliau, keanggotaan itu turut merangkumi 540 anggota bantuan dari Bukit Aman, Jabatan Relawan Malaysia (585) dan Polis Sukarelawan (101).

“Kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan PRU15 berlangsung pada musim banjir.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, komander pengurusan banjir daerah disandang ketua polis daerah dan diambil alih secara automatik oleh ketua balai bomba daerah sekiranya banjir berlaku pada hari penamaan calon dan pengundian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI