fbpx

PRU15: Tok Pa tidak bertanding?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa

PETALING JAYA – Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkemungkinan tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Jeli.

Sumber Perikatan Nasional (PN) berkata, Mustapa atau lebih dikenali Tok Pa menolak percalonan yang diberikan kepadanya kerana faktor kesihatan.

“Sehingga hari ni memang Tok Pa menolak untuk bertanding di kerusi kesayangannya disebabkan faktor kesihatan.

“Ada dakwaan masih ada pujukan dari pihak parti untuk Tok Pa terus bertanding di situ,” jelas sumber tersebut kepada Kosmo! hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mustapa memenangi kerusi Parlimen Jeli sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu kemudian bersama PN selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada tahun 2018.

BN semalam mencalonkan Nurwahida Patuan sebagai calonnya di Parlimen Jeli pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI