fbpx

PRU15: Surat akujanji angkat Ahmad Zahid jadi PM palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan menafikan kewujudan surat akujanji untuk mengangkat Ahmad Zahid sebagai PM ketika ditemui di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan kewujudan beberapa syarat akujanji yang memaksa semua calon Parlimen parti berkenaan untuk mengangkat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri (PM)

Sebaliknya, penyandang kerusi Parlimen Pontian itu memberitahu, kewujudan surat akujanji yang ada hanyalah bertujuan untuk memastikan kesetiaan semua calon kepada parti.

Beliau turut menafikan kewujudan syarat akujanji yang mahu kerajaan pusat menggugurkan sebarang kes mahkamah melibatkan kepimpinan tertinggi parti.

“Tak betul tak betul, tidak ada langsung perkataan seperti itu, itu fitnah, tiada tiada. Apa yang ada hendaklah taat setia kepada parti, tiada sebut perkara-perkara itu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung penularan satu surat akujanji yang memaksa calon-calon UMNO untuk mengangkat Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Antara syarat lain termasuklah perlu menyokong pengguguran kes mahkamah membabitkan kepimpinan tertinggi parti dan memberikan jawatan kabinet utama kepada calon UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahmad bagaimana mengakui kewujudan surat akujanji yang meminta kesemua calon-calon parti berkenaan memberikan keseronokan tidak berbelah bahagi kepada parti sekiranya diberi mandat.

“Saya nak sebutkan bahawa semua calon yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor sebelum ini ada menandatangani surat akujanji, dan untuk PRU ini juga mereka (calon) tandatangan.

“Ia bukan jadi suatu masalah kerana ia bertujuan untuk kukuhkan kedudukan parti, sebab itu antaranya kita dapat melihat tiada lagi mana-mana calon menang yang melompat parti.

“Perkara itu (tandatangan surat akujanji) itu penting, dan kita telah lakukan,” jelasnya.

Terdahulu, Ahmad menghadiri Majlis Pelancaran Jentera BN Johor bagi PRU-15 yang diadakan di Pusat Sukan EduCity, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI