SHAH ALAM – Timbalan Ketua Penerangan I Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk R. Ramanan dikenalkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh dalam satu majlis pengumuman calon PH Selangor di sini sebentar tadi.
Pengumuman pengenalan itu sekali gus menyaksikan Ramanan akan berdepan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi kerusi berkenaan.
Ramanan yang sebelum ini Timbalan Pengarah Strategi merupakan graduan Universiti Teknologi Queensland, Australia dan pernah menimba pengalaman di Amerika Syarikat (AS) sebelum kembali ke Malaysia.
Selain itu, Ramanan juga adalah bekas Bendahari Agong MIC.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH menang besar menerusi R. Sivarasa dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634. -KOSMO! ONLINE