fbpx

PRU15: Rafizi jumpa Anwar berhubung calon PKR Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi akan berbincang dengan Anwar mengenai calon PKR di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon parti itu untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya akan berbincang dengan Anwar mengenai maklum balas pengundi-pengundi di Sungai Buloh berhubung calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan.

“Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai presiden parti,” katanya dalam satu hantaran di Twitter.

Walaupun tidak menyebut sebab, namun ia dipercayai berkaitan dengan keputusan Barisan Nasional (BN) menamakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding di situ pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI