fbpx

PRU15: Rafizi calon pertama isytihar harta hampir RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan dikatakan menjadi individu perta tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai keseluruhan sebanyak RM18.85 juta.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, akuan bersumpah itu dibuat sejajar dengan syarat yang ditetapkan oleh parti itu sebagai calon bertanding di bawah tiket PKR.

Jelasnya, pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.

Menurut Rafizi lagi, kebanyakan hartanya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn. Bhd., syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.

Jumlah itu, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insuran di Prudental.

Bagaimanapun jumlah ini sangat sedikit berbanding pelaburan di Invoke. Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM16.74 juta.

Turut disenaraikan aset lain simpanan tunai RM1.17 juta, dua buah hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor bernilai RM1.6 juta, dua buah kenderaan bernilai RM110,00 serta pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

“Saya adalah antara ahli parlimen yang pertama yang mengisytiharkan harta secara terperinci (sejak 2016).

“Sekretariat Jabatan Pilihanraya (JPRP) kini sedang mengumpulkan akuan-akuan bersumpah pengisytiharan harta yang akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org bermula esok, ” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai Pengarah Pilihanraya, biarlah saya menjadi calon pertama PKR yang mengisytiharkan harta.

“Mohon sebarkan kepada semua kerana saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan. Kita tunggu pengisytiharan harta calon-calon dari BN dan PN pula selepas ini, ” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI