BANGI – Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan akan bertanding di 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu diumumkan oleh Ketua setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Parti Pejuang Tanah Air di sini hari ini.
“Masih ada kawasan yang kita sedang pertimbangkan bagi calon untuk diketengahkan pada 5 November ini (hari penamaan calon).
“Justeru, penyerahan watikah kepada semua calon yang diadakan pada hari ini melibatkan Parlimen sahaja.
“Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN), perkara itu diserahkan kepada pimpinan negeri,” katanya berucap pada majlis tersebut.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE