fbpx

PRU15: ‘Budak nakal’ diperhati sepanjang tempoh pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas, Kamaruddin Ramli memasang bendera Barisan Nasional di sekitar Kampung Repek, Rantau Panjang semalam.

KOTA BHARU – Golongan ‘budak nakal’ yang gemar mengalihkan bendera parti politik tertentu ke lokasi lain untuk menimbulkan kekecohan turut menjadi perhatian pihak polis sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mendapat maklumat ada kejadian mengalihkan bendera parti politik yang digantung selepas pembubaran Parlimen bulan lalu.

Menurutnya, kejadian tersebut dikenal pasti berlaku di beberapa buah daerah baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kes itu tidak serius. Polis tetap mengambil perhatian kepada tindakan golongan tersebut supaya dapat mengelakkan sebarang kekecohan.

“Dalam keghairahan menjelang PRU15 ini, mungkin ada yang menggunakan golongan tersebut untuk bertindak mengalihkan bendera parti politik atau melakukan perkara di luar batasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, sbeliau memohon kerjasama masyarakat setempat yang melihat kejadian mengalihkan bendera parti politik untuk tujuan kekecohan supaya melaporkan segera di balai polis berdekatan.

Katanya, polis tetap menjalankan rondaan menerusi Ops Cantas bagi mengambil tindakan segera terhadap mereka yang berbuat demikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI