fbpx

PRU15: Bomba Terengganu laku persiapan rapi pastikan hari pengundian lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairiri (tiga dari kanan) meninjau persiapan JBPM Terengganu menghadapi monsun Timur Laut di Ibu Pejabat JBPM Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengaktifkan pusat bilik gerakan operasi bagi menghadapi Monsun Timur Laut mulai esok.

Timbalan Pengarah JBPM negeri, Mohd. Khairiri Mat Resad@Arshad berkata, pembukaan bilik gerakan itu juga sebagai langkah persiapan sekiranya banjir berlaku sewaktu berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, biar pun senario buruk itu berlaku sekalipun, pengundi tidak perlu risau untuk menunaikan tanggungjawab pada 19 November nanti.

“Persediaan rapi telah dilakukan pelbagai agensi menyelamat termasuk JBPM daripada awal.

“Lagipun, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kadar penerimaan hujan adalah purata yang iaitu tiada hujan tidak melebihi luar jangka,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairiri berkata, JBPM negeri telah memeriksa pusat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat pengiraan undi mulai semalam.

Tambah beliau, anggota JPBM juga akan mengadakan rondaan di kawasan pusat pengundian pada 19 November ini.

“Bagi memastikan kelancaran operasi, kami akan membuka pusat bilik gerakan yang beroperasi 24 jam di Ibu Pejabat JBPM Terengganu di sini bermula esok (hari ini) sehingga 21 November,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI