fbpx

PRU15: BN tanding 11 kerusi Parlimen di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan Nasional (BN) mengumumkan bakal bertanding di 11 kerusi parlimen Sabah pada PRU15.

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) mengumumkan bakal bertanding di 11 kerusi parlimen Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sempena Majlis Pengumuman Calon PRU-15 GRS-BN hari ini.

Antara kawasan parlimen dipertandingkan adalah Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Beaufort, Tenom, Pensiangan, Libaran, Kinabatangan, Kimanis, Lahad Datu dan Kalabakan.

Sementara itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diumumkan oleh pengerusinya, Datuk Hajiji Noor bakal berentap di 13 kerusi parlimen.

Semua kawasan terbabit diwakili calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Dalam pada itu, satu lagi kerusi parlimen iaitu Beluran masih dalam perbincangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI