fbpx

PRU15: BN Pahang pertaruh 63 peratus calon muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Wan Rosdy bersama calon-calon BN pada majlis pengumuman calon BN di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) negeri ini menampilkan 63 peratus muka baharu untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Seramai 35 muka baharu dipilih iaitu lapan untuk kerusi Parlimen manakala 27 lagi untuk kerusi DUN.

Dua lagi DUN iaitu Sabai dan Cheka masih belum diumumkan calon bertanding.

Menteri Besar  Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kombinasi calon lama dan baharu itu merupakan ramuan strategik bagi memastikan kesinambungan inisiatif yang dirancang serta percambahan idea-idea segar dan baharu.

“Calon-calon yang dibariskan mewakili kesemua parti komponen berdasarkan persetujuan dan persefahaman yang jelas atas semangat dan muafakat BN.

“Inilah kekuatan BN iaitu keupayaan kita untuk berunding dan berbincang dengan baik dalam segala perkara, tidak ada yang mahu membawa bendera dan logo sendiri malah tidak ada yang merajuk dan mengugut parti,” katanya.

Sementara itu katanya, pemilihan calon muda juga tidak diketepikan apabila 30 peratus adalah calon muda berumur di bawah 45 tahun iaitu dua calon muda bagi kerusi Parlimen dan 15 calon muda kerusi DUN.

Senarai calon bagi Parlimen dan DUN adalah seperti berikut:

PARLIMEN

1) Raub – Datuk Chong Sin Woon
2) Jerantut – Datuk Mohd. Zulkarmi Abu Bakar
3) Indera Mahkota – Datuk Quek Tai Seong
4) Kuantan – Datuk Seri Abd. Hamid Nazahar
5) Pekan – Datuk Seri SH Mohmed Puzi Sh Ali
6) Maran – Datuk Shahaniza Shamsudin

DUN
1) Peramu – Datuk Mohd Nizar Mohamad Najib
2) Guai – Datuk Sabariah Saidan
3) Kemayan – Khaizulnizam Mohamad Zuldin
4) Triang – Yee Cheng Hwa
5) Ketari – Datuk Amizar Abu Adam
6) Pelangai – Datuk Seri Johari Harun
7) Bilut- Wong Siew Mun
8) Lanchang- Datuk Razmi Sudin
9) Mentakab – Wong Tze Shiang
10) Jenderak – Datuk Rodzuan Zaaba
11) Jengka – Nor Hasmimi Abdul Ghani
12) Panching – Fauziah Abd. Wahab
13) Sungai Lembing- Datuk Umar Arbain Dollah
14) Tanjung Lumpur – Nara Nikman Nordin
15) Teruntum – Tee Choon Ser
16) Luit- Jamaluddin Md. Marzuki
17) Kuala Sentul – Mohamad Khairuddin Mohd Ali Hanafiah
18) Chenor – Saiful Anuar Mokhtar
19) Beserah – Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid
20) Semambu – Khairul Hisham Omar
21) Damak – Muhamad Fasal Jamlus
22) Tahan – Faezah Ishak
23) Dong- Fadzli Mohamad Kamal
24) Tras- Lim Teck Hoe
25) Tanah Rata – Wong Yap Wah

26) SABAI – Belum umum

27) Cheka – Belum umum

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI