fbpx

Mina jadi tauke pusat beli-belah online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWON MINA

SELEPAS meninggalkan kumpulan AOA akibat dibuli ketua kumpulannya, Kwon Mina dilaporkan bakal bergelar pemilik pusat beli-belah dalam talian.

Pembukaan bisnes tersebut dikhabarkan akan berlaku dalam masa terdekat iaitu pada Januari tahun depan.

Menurut pelakon Loss Time Life itu, dia juga sedang giat untuk menghasilkan produk pakaian dan kosmetik jenama sendiri.

“Kami sedang bersedia dengan pembukaan pusat beli-belah dalam talian. Bukan itu sahaja, kami akan melancarkan produk jenama sendiri iaitu Seoul345.

“Dari segi rekaan dan konsep semuanya idea saya sendiri,” ujar pelakon berusia 29 tahun itu.

Kurang melibatkan diri dalam dunia seni, penyanyi itu kini dikatakan memberi fokus terhadap penyertaan kursus pemasaran dan merancang idea di sebuah kafe di Seogyo-dong, Seoul, Cafe 345.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI