fbpx

Mahkamah: Amelia akan perjelas segalanya 24 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amelia (tiga dari kiri) bersama barisan peguamnya di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – “Pada 24 November ini saya akan memberi kenyataan dengan lebih jelas,”.

Itu kata ringkas pelakon Amelia Henderson , 27, ketika ditemui selepas selesai prosiding perbicaraan hari kedua berhubung kes saman pelanggaran kontrak di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

Menurut Amelia, dia memohon maaf kerana tidak dapat mengulas mengenai perbicaraan kes itu kerana tidak mahu menjejaskan kes dan akan memberi penjelasan apabila kes selesai.

Tambah Amelia meskipun berdepan dengan perbicaraan, dia tetap berasa syukur kerana mendapat sokongan keluarga yang sanggup menemaninya ke mahkamah sehingga lewat petang.

Terdahulu, pada prosiding pagi, seorang pengurus syarikat produksi memberitahu Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini bahawa A.Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Fazeyla Ahmad, 42, yang merupakan Pengurus Produksi A.Aida Sdn. Bhd. berkata, antara kos-kos kerugian itu melibatkan bayaran pendahuluan terhadap Amelia, penulis skrip, penolong pengarah, suntingan, krew, pengangkutan dan peralatan penggambaran.

Perbicaraan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan bersambung lagi 24 November ini dengan Amelia selaku defendan akan memberi keterangannya.

Semalam kes saman melibatkan penerbit sensasi, A. Aida bersama seorang lagi pelakon, Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

Sebelum ini media melaporkan, Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI