fbpx

Maddison belum layak ke Piala Dunia – Ferdinand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bintang Maddison semakin menyinar bersama The Foxes apabila berjaya menjaringkan gol.

LONDON – Bekas pertahanan England, Rio Ferdinand seakan melukakan James Maddison apabila melabel bintang Leicester City itu belum layak untuk membarisi skuad The Three Lions ke Piala Dunia.

Walaupun Maddison mengharungi kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan aksi baik, merekodkan enam gol dan dua bantuan jaringan, pemain itu seakan ‘terperangkap’ kerana Gareth Southgate turut memiliki beberapa lagi nama besar sebelum memutuskan senarai akhir 26 pemain pada 10 November ini.

Bagaimanapun, Ferdinand merasakan statistik yang direkodkan Maddison belum lagi cukup buat Maddison sertai pasukan ke Piala Dunia.

“Apa yang dia lakukan, statistik dan prestasinya sejak ke­belakangan ini agak baik, namun hujung minggu lalu dia gagal beraksi cemerlang. Apa yang saya mahu katakan, siapa yang bakal tersisih untuk mengisi posisi itu, sebagai pemain nombor 10.

“Siapa yang kamu akan singkirkan? Jack Grealish, Phil Foden, Mason Mount, Bukayo Saka, Raheem Sterling tetapi saya gemar (singkirkan) James Maddison,” katanya.

Satu-satunya penampilan Maddison bersama England adalah pada November 2019, namun selepas itu tidak lagi mendapat panggilan daripada Southgate.

Ketika ini, Southgate sudah pun memiliki senarai 55 pemain dan jumlah itu akan dikurangkan kepada 26 pemain sebelum terbang ke Qatar.
Skuad The Three Lions berada dalam Kumpulan B dan akan membuka tirai saingan bertemu Iran pada 21 November. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI