KUALA LUMPUR – Dua kerusi yang sebelum ini disandang Ahli Parlimen Pas iaitu Tumpat dan Kuala Nerus masih menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN).
Ia susulan tiada pengumuman calon yang dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Tun Hussein Onn malam ini.
Sebelum ini timbul spekulasi bahawa dua kerusi berkenaan iaitu Tumpat milik Datuk Che Abdullah Mat Nawi, manakala Kuala Nerus, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali bakal bertukar parti.
Kedua-dua mereka dikatakan akan menyertai BN selepas dilihat tidak sehaluan dengan keputusan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi sebelum ini yang memutuskan hubungan dalam Muafakat Nasional (MN).
Turut tidak diumumkan BN malam ini adalah kerusi Parlimen Tanjong Karang dan Shah. – KOSMO! ONLINE