fbpx

Kemunculan Muay Thai di Olimpik berdepan halangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAND (kiri) mengambil keputusan bersara daripada sukan Muay Thai selepas tragedi menimpa Phadungchai yang meninggal dunia ketika mereka bertarung pada 15 Julai lalu.

BANGKOK – Sukan lasak, Muay Thai meletakkan impian untuk membuat kemunculan sulung pada Sukan Olimpik, namun kematian baru-baru ini menyebabkan kebimbangan halangan sukan tersebut di pentas berprestij itu.

Muay Thai membenarkan beberapa gerakan berbahaya dan dilarang seperti serangan siku dan lutut dan petinju hanya memakai sedikit peralatan ke­selamatan.

Bagaimanapun, sukan Muay Thai tetap memperoleh pengiktirafan Olimpik pada 2021 tetapi sama ada ia dipertandingkan bergantung kepada usaha untuk menjadikan pertarungan lebih selamat.

Setiausaha Agung Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muay Thai (IFMA), Stephan Fox berkata, Muay Thai adalah sukan yang selamat dengan peraturan ditetapkan untuk memastikan perlawanan tersebut diadakan secara adil.

“Dalam Muay Thai kita mempunyai berat yang sama, kemahiran sama. Tetapi insiden kemalangan berlaku dalam mana-mana sukan.

“Semua orang mengimpikan Sukan Olimpik. Semoga suatu hari nanti, impian itu akan menjadi kenyataan untuk generasi akan datang,” kata Fox.

Beliau mengakui bahawa pertarungan yang dianjurkan secara persendirian di kawasan luar bandar Thailand di luar pengawasan badan induk dan ia lebih sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa.

Pada 15 Julai lalu, bekas pemenang pingat perak Sukan Asia Tenggara, Panphet Phadungchai meninggal dunia selepas koma ketika bertemu Anthony Durand pada perlawanan di Stadium Tinju Tentera Udara Thupatemi di wilayah Pathum Thani, tengah Thailand.

Dalam pertarungan Muay Thai Fighter X, Phadungchai, 25, me­ninggal dunia akibat tumbukan ke rahang oleh Durand.

Akibat kematian tersebut, petinju Muay Thai dari Perancis, Durand mengambil keputusan mengejutkan apabila bersara daripada sukan itu selepas berasa bertanggungjawab di atas kematian Phadungchai.

Sejak kematian itu, pihak berkuasa Thailand meningkatkan usaha mereka untuk menguatkuasakan lebih banyak peraturan dan pemeriksaan dalam sukan tempur tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI