fbpx

[KEMASKINI] Identiti pemandu rentung dikenal pasti pengurus jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang memadamkan kebakaran kereta mangsa di GCE, semalam.

SHAH ALAM – Identiti mangsa pemandu kereta jenis Mazda yang rentung dalam kejadian di Kilometer (KM) 2.0 Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dikenalpasti sebagai pengurus jualan sebuah syarikat pengangkutan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun.

Katanya, pengecaman dibuat bapa mangsa dengan kereta dipandu mangsa adalah milik syarikatnya.

“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 40 tahun dan merupakan pengurus jualan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemandu rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di KM 2.0, (GCE) berdekatan Plaza Tol Bukit Jelutong.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri pengadang jalan sebelum terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI