fbpx

Ibu bapa sporting iklan cari menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan sepasang suami isteri sedang ‘iklan’ anaknya untuk mencari calon menantu.

PETALING JAYA – Telatah sepasang suami isteri yang memegang telefon yang terpapar tulisan ‘mencari calon menantu’ di istiadat Konvokesyen anak perempuan mereka telah meraih perhatian orang ramai.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @nurulmohdshah_ yang juga menantu kepada pasangan suami isteri tersebut menyaksikan aksi ceria ibu dan bapa mentuanya yang sedang mencari calon menantu di istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Video tersebut kemudiannya tular di media sosial sehingga meraih lebih 300,000 tontonan dan 36,100 tanda suka dengan 858 perkongsian.

Susulan itu, perkongsian video tersebut telah menerima pelbagai respon dan reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian tersebut.

“Amboi pakcik dan makcik, senang betul cari menantu, dekat sesi konvokesyen sahaja dia cari,” tulis seorang netizen.

“Ingat orang yang hendak konvokesyen sahaja kena bersiap sedia?. Emak dengan ayah pun kena bersedia mana tahu dapat berkenalan terus dengan besan,” komen seorang netizen lagi.

“Mantap makcik, dah susah sangat nak cari menantu terus dia carikan untuk anaknya, dah tentu-tentulah semua ‘educated’ kat situ, pakej jumpa besan terus, bijak sungguh makcik ni,” tulis seorang netizen yang lainnya.

Di samping itu, terdapat juga netizen yang menawarkan diri mereka sebagai calon menantu di ruangan komen.

“Kalau tak jumpa lagi, saya masih solo, kelulusan jurutera tapi kerja biasa-biasa sahaja, harap makcik terima,” komen netizen itu.

“Assalamualaikum, ibu ayah sihat ke tu? Saya pun sedang mencari calon mertua ni,” komen seorang lagi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI