fbpx

Berpantang maut sebelum ajal di Itaewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video di akaun TikTok milik Nadiah kira-kira dua jam sebelum kejadian berdarah semasa acara sambutan festival Halloween di Itaewon

PETALING JAYA – Berpantang maut sebelum ajal, mungkin ini pepatah sesuai mengambarkan situasi seorang rakyat Malaysia yang berada di lokasi kejadian berdarah, Itaewon di Korea Selatan.

Menerusi Facebook Nadiah Awalludin, dia telah membuat memuat naik satu perkongsian video yang menggambarkan situasi di Itaewon, dua jam sebelum tragedi rempuhan malam Halloween berlaku.

“Terima kasih yang ‘text’ tanya keadaan sis di Korea. Alhamdulillah sis dan klien berjaya keluar Itaewon dua jam sebelum kejadian.

“Situasi sebenar sempat sis rakam sebelum insiden. Manusia padat di lorong-lorong sempit sampai susah nak bergerak, bernafas dan ada yang mati,” kongsinya.

Sebelumnya, Nadiah turut memuat naik perkongsian sama di TikTok miliknya dan video itu menjadi tular di kalangan netizen.

“Masa ni pun dah nampak padat tapi masih boleh jalan. Syukur sis cepat keluar kalau tak terperangkap la jugak kat situ,” ujar Callmeyaya.

“Saya stay situ dua minggu lepas. Seram tengok berita,” kongsi Eijaoshin pula.

Sementara itu ada netizen yang beranggapan Nadiah terselamat daripada kejadian itu berikutan tidak menyertai acara sambutan festival Halloween yang diadakan ketika itu.

“Allah tahu niat sis nak ke mana sebab tu dipermudahkan. Syukur sangat,” kata Etonbaha.

Kosmo! semalam melaporkan menurut polis Seoul, angka kematian meningkat ke 156 orang selepas terdapat seorang lagi mangsa berusia 20-an meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Jumlah mangsa tragedi tersebut kini meningkat ke angka 101 wanita dan 55 lelaki keseluruhannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI