fbpx

Adili prestasi Liverpool selepas musim berakhir – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP mengakui situasi Liverpool sekarang seakan-akan memberi peluang kepada mana-mana pihak mengkritik serta mengecam The Reds selepas gagal memenuhi jangkaan. – AFP

LIVERPOOL – Di sebalik prestasi tidak menentu yang dicatatkan Liverpool, pengendalinya, Jurgen Klopp beranggapan adalah tidak adil untuk terus menghukum pasukan dan dirinya.

Pengurus dari Jerman itu me­rasakan adalah tidak munasabah untuk segera membuat rumusan kualiti yang ada pada The Reds dan kesimpulan hanya boleh dibuat selepas musim berakhir.

Dengan apa yang dilalui pasukan ketika ini, Klopp tidak dapat menafikan yang keadaan sekarang seakan beri ‘peluru’ kepada mana-mana pengkritik.

“Saya fikir kesimpulan untuk perkara ini akan dibuat pada akhir atau penghujung musim. Saya boleh katakan tidak ada masalah jika ia dibuat selepas musim berakhir.

“Persoalan akan dibuat kemudian, namun buat ketika ini, adalah tidak adil untuk menilai pasukan kerana kami turut kehilangan beberapa pemain terutamanya di barisan depan.

“Tidak bermakna pemain yang ada tidak berkualiti tetapi dengan jumlah perlawanan yang kami ada, kami biasanya akan buat perubahan. Situasi sekarang juga hampir sama ketika kami berdepan masalah di bahagian tengah sebelum ini,” katanya.

Selepas mengharungi 12 perlawanan awal musim ini, The Reds jelas tidak mampu memenuhi jangkaan apabila sekadar meng­huni tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris dengan hanya mengutip 16 mata.

Dengan apa yang diperkatakan Klopp, ia mungkin ada benarnya memandangkan Liver­pool kini kehilangan khidmat Luis Diaz, Diogo Jota malah pemain pinjaman Arthur Melo juga akan diketepikan sehingga tahun baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI