fbpx

Thailand perkenal kod QR untuk senjata api polis, elak kecurian dan salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kod QR diperkenalkan bertujuan mengelak kes kecurian dan salah laku pegawai polis. - Yosomono/ Flickr dan TV Polis oleh UCI Media

BANGKOK – Polis Diraja Thailand (RTP) akan memperkenalkan kod QR untuk semua senjata api polis bagi mengesan pembayaran serta mencegah kecurian dan salah laku anggota, lapor laman berita Thaiger semalam.

Bercakap kepada akhbar Thairath, Timbalan Pesuruhjaya RTP, Torsak Sookwimon berkata, anggota dan pegawai polis Thailand tidak mahu menggunakan senjata api yang disedia kerajaan kerana proses pembayarannya lambat dan rumit.

Kebanyakan anggota RTP membeli sendiri senjata api mereka. Ia menyebabkan banyak senjata milik kerajaan ditinggalkan di merata-rata tempat. 

Senjata api kerap dicuri oleh polis yang korup dan menjualnya. Contoh jelas seperti yang berlaku di Balai Polis Pak Kret apabila seorang pegawai polis kaki judi mencuri lebih 160 laras senjata api untuk membayar hutang.

RTP juga mempunyai sistem kebajikan senjata api dikenali sebagai Por Sam untuk anggotanya mendapatkan senjata api pada harga rendah. Sesetengah pegawai dan anggota polis menyalahgunakan keistimewaan itu dengan menjual senjata api secara online.

Trosak yang mahu menyekat salah laku tersebut berkata, RTP akan menggantung sistem kebajikan senjata api selama-lamanya dan menggalakkan pegawainya menggunakan senjata api yang disediakan oleh kerajaan.

Menurut beliau, RTP akan menggunakan sistem kod QR untuk pengeluaran senjata api dan setiap pistol akan mempunyai kod peribadi.

Mana-mana anggota dan pegawai polis Thailand yang mahu memiliki senjata api baharu boleh menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengimbas dan mendaftar melalui aplikasi RTP.

Torsak percaya langkah itu akan membantu mencegah penyalahgunaan senjata api. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN