fbpx

Sushi hidangan pertama Dr. Amalina selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amalina mengaku dia menjaga diri berpandukan bukti-bukti saintifik selain nasihat doktor serta tidak memiliki menu yang khusus sepanjang tempoh berpantang.

PETALING JAYA – Pakar bedah Malaysia di London, Dr. Nur Amalina Che Bakri mendedahkan sushi merupakan hidangan pertama yang diambil selepas bersalin.

Dalam soal jawab bersama pengikutnya di Instagram, beliau mendedahkan hidangan itu dibeli oleh suaminya, Alexander Charles di restoran kegemarannya.

Amalina mengaku dia menjaga diri berpandukan bukti-bukti saintifik selain nasihat doktor serta tidak memiliki menu yang khusus sepanjang tempoh berpantang.

“Pemakanan saya adalah seperti biasa sama seperti sebelum mengandung iaitu mengambil diet seimbang, meminum dua ke tiga liter air putih sehari, mengehadkan pengambilan minuman yang bergula dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.

“Saya juga mengurangkan pangambilan gula dan garam serta kerap bersenam setiap kali ada masa yang terluang,” dedahnya menerusi sesi soal jawab di Instagram pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab pertanyaan mengenai manfaat melakukan urutan perineal.

“Berdasarkan bukti kajian, perineal massage (urutan perineal) mampu membantu mengurangkan risiko koyakan. Anda perlu mula melakukannya seawal 34 minggu dan seterusnya,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak berniat hendak memecahkan tradisi kerana semua orang mempunyai cara berpantang masing-masing dan ia bergantung pada pilihan dan keselesaan mereka.

“Kita tidak boleh mengharapkan orang lain mengikuti kaedah yang kita lakukan kerana setiap orang adalah berbeza.

“Jika mereka hendak berpantang mengikut cara berpantang Melayu, maka, itu pilihan mereka,” jelasnya lagi.

Susulan itu, beliau menasihatkan untuk mengambil asid folik setiap hari sekiranya merancang untuk hamil sehingga sekurang-kurangnya mencapai tempoh 12 minggu kehamilan bagi mengurangkan risiko besar kecacatan kelahiran terhadap otak bayi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI