fbpx

Subsidi telur 10 sen sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kerajaan bersetuju menaikkan kadar subsidi telur ayam gred A, B dan C sebanyak dua sen sebiji berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenaikan subsidi itu menjadikan kadar subsidi sebiji telur daripada lapan kepada 10 sen.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan melalui mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam.

“Kos sebenar pengeluaran sebiji telur dianggarkan 51 sen sebiji dan harga kawalan ditetapkan mengikut gred kira-kira 41 sen.

“Sebelum ini, subsidi lapan sen dan ia menyebabkan pengeluar telur kurang berminat untuk mengeluar bahan mentah itu. Jadi, kerajaan telah menambah subsidi dua sen menjadi 10 sen berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di Hotel The Grand Renai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan perlu segera melaksanakan kaedah yang telah ditetapkan dengan merujuk Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, katanya, kebanyakan penternak telah menyembelih ayam terlalu awal meskipun ayam-ayam tersebut masih boleh bertelur juga merupakan antara faktor kekurangan bekalan telur ketika ini.

Katanya, sehubungan itu, bekalan telur ayam berkurangan di pasaran apabila penternak mengambil langkah penyembelihan awal bagi mengurangkan kos mereka.

“Keadaan itu menyebabkan penternakan ayam yang akan bertelur akan mengambil masa sehingga menyebabkan kekurangan bekalan telur sehingga 100,000 biji sebulan.

“Selain itu, pengedaran telur di negeri-negeri Pantai Timur juga berkurangan kerana kebanyakan pengeluar bahan mentah itu berada di Pantai Barat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI