fbpx

Selaraskan KAFA,letak di bawah KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU berkaitan guru-guru KAFA wajar dilihat secara menyeluruh dari segi elaun termasuk silibusnya bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran buat anak-anak. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Isu berkaitan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) wajar dilihat secara menyeluruh dari segi elaun, bidang tugas, kurikulum dan silibus.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, kerajaan perlu membuat perubahan dalam skim guru KAFA memandangkan mereka turut membawa tanggungjawab mengajar sama seperti guru-guru sekolah harian.

“Masalah elaun rendah ini saban tahun sudah dibangkitkan, namun masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh guru-guru KAFA supaya elaun mereka dapat dinaikkan, kerana elaun yang diterima ketika ini rendah berbanding gaji minimum negara iaitu RM1,500,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: ‘Gaji RM1,000 memang tidak cukup sara hidup’

Ujar beliau, elaun guru-guru KAFA juga wajar dinaikkan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran di kelas-kelas KAFA.

“Peranan guru KAFA tidak boleh dilihat sebagai sampingan sahaja kerana mereka ini me­ngajar Pendidikan Agama Islam, sepatutnya ia menjadi teras kepada sistem pendidikan negara.

Berita berkaitan: Guru KAFA terbeban, gaji tak cukup elaun tiada

“Amat digalakkan jika guru-guru KAFA ini diserap dalam skim perjawatan tetap Kementerian Pendidikan (KPM), biarlah KAFA ini dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab pada sistem pendidikan negara,” ujarnya.

Justeru katanya, manfaat yang diterima guru sekolah harian dan guru KAFA tidak perlu dibeza-bezakan kerana selain memikul tanggungjawab yang sama dalam mengajar, mereka juga menyampaikan ilmu yang penting kepada anak-anak murid di sekolah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan nasib dan masa depan guru KAFA bakal terbela apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi perhatian kepada isu tersebut.
Ia susulan keluhan kira-kira 35,000 guru KAFA di seluruh negara yang masih dibayar ‘upah’ serendah RM1,000 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam pendidikan Islam anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI