fbpx

Saya nikmati detik terindah – Nelson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NELSON meraikan jaringannya ketika membantu Arsenal menewaskan Nottingham 5-0 pada aksi EPL di Stadium Emirates kelmarin. – AFP

LONDON – Bintang muda Arsenal, Reiss Nelson sedang menikmati detik gemilang dalam kariernya ketika menyumbangkan dua gol dan satu bantuan jaringan untuk bantu The Gunners membelasah Nottingham Forest 5-0 di Stadium Emirates, kelmarin.

Selepas dimasukkan bagi menggantikan Bukayo Saka, graduan akademi Arsenal itu menghasilkan dua gol dalam tempoh empat minit di babak kedua, malah menjadi pencetus kepada jaringan keempat daripada Thomas Partey.

“Saya fikir saya hanya sekadar memanaskan bangku simpanan. Namun, dalam bola sepak kita tidak tahu apa yang akan jadi.

“Mungkin ini menjadi salah satu hari paling bermakna dan saya begitu gembira dapat me­nikmatinya.

“Apabila Bukayo (Saka) dikeluarkan, ia menjadi detik yang menakutkan tetapi selepas dima­sukkan, saya begitu menikmati setiap detik permainan. Pengurus mahu kami menerapkan permainan menyerang dan itulah yang kami lakukan,” katanya.

Kemenangan selesa itu kembali meletakkan The Gunners di puncak Liga Perdana Inggeris dengan 31 mata, berkelebihan tiga mata berbanding Manchester City di tempat kedua.

“Saya sudah berada di sini sejak berumur lapan tahun dan sentiasa bermimpi untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“Selepas mendapatkan gol (pertama) permainan kami se­dikit perlahan, namun kami kembali dengan reaksi baik untuk menambah jaringan,” ujar Nelson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI