PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengaku pertandingan di kawasan itu merupakan cabaran besar buat dirinya.
“Alhamdulillah saya baru sahaja diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi P.107 Sungai Buloh.
“Walaupun cabaran besar, saya akan buat yang terbaik untuk jumpa dan meyakinkan seramai mungkin pengundi Sungai Buloh untuk memberi peluang kepada saya,” katanya dalam satu hantaran di Twitter. – KOSMO! ONLINE