fbpx

PRU15: Perikatan Nasional bertanding 169 kerusi Parlimen, 116 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mengikut pecahan, kerusi Parlimen itu melibatkan 74 calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dengan 64 calon, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) seramai 20 calon, manakala Bersatu-Bersekutu dengan 11 calon.

“Bagi DUN pula, Pas bertanding sebanyak 57 kerusi, Bersatu sebanyak 41 kerusi, Gerakan pula 14 kerusi dan Bersatu-Bersekutu di empat kerusi. Proses pemilihan calon amat sukar sebab kerusi tidak berapa banyak.

“Rundingan kerusi antara parti di dalam PN ini selesai dan alhamdulillah tiada hentak meja jauh sekali bertengkar dan bergaduh,” katanya pada Majlis Pengumuman Bakal Calon PN PRU15 di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, calon bagi kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

Antara calon tumpuan diumumkan pada malam ini termasuk Muhyiddin yang mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Parlimen Larut) dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Parlimen Tambun).

Selain itu, Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Parlimen Indera Mahkota); Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Parlimen Gombak); Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (DUN Cheka) serta Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad (Parlimen Bagan Serai).

Sebelum ini, PN sudah menamakan tiga calonnya yang akan bertanding iaitu Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin di Parlimen Putrajaya, Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun di Parlimen Sepang serta timbalannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah. – KOSMO! ONLINE

Berikut merupakan senarai calon:

PERLIS

P001 PADANG BESAR – Rusydan Rusmi

P002 KANGAR – Zakri Hassan

P003 ARAU – Akan diumumkan

 

KEDAH

P004 LANGKAWI – Datuk Suhaimi Abdullah

P005 JERLUN – Dr. Abd Ghani Ahmad

P006 KUBANG PASU – Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail

P007 PADANG TERAP – Nurul Amin Hamid

P008 POKOK SENA – Datuk Ahmad Saad @ Yahaya

P009 ALOR SETAR – Afnan Hamimi Taib Azamuddin

P010 KUALA KEDAH – Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi

P011 PENDANG – Datuk Awang Hashim

P012 JERAI – Sabri Azit

P013 SIK – Ahmad Tarmizi Sulaiman

P014 MERBOK – Mohd Nazri Abu Hassan

P015 SUNGAI PETANI – Dr Robert Ling Kui Ee

P016 BALING – Hassan Saad

P017 PADANG SERAI – Azman Nasrudin

P018 KULIM BANDAR BAHARU – Roslan Hashim

 

PULAU PINANG

P041 KEPALA BATAS – Dr. Siti Mastura Mohamad

P042 TASEK GELUGOR – Datuk Wan Saifulrudin Wan Jan

P043 BAGAN – Alan Oh @ Oh Teik Choon

P044 PERMATANG PAUH – Muhammad Fawwaz Mat Jan

P045 BUKIT MERTAJAM – Steven Koh Tien Yew

P046 BATU KAWAN – Wong Chia Zhen

P046 NIBONG TEBAL – Datuk Mansor Othman

P048 BUKIT BENDERA – Hng Chee Wey

P049 TANJONG – H’ng Khoon Leng

P050 JELUTONG – Datuk Baljit Singh Jigiri Singh

P051 BUKIT GELUGOR – Thinaganarabhan Padmanabhan

P052 BAYAN BARU – Oh Tong Keong

P053 BALIK PULAU – Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid

 

PERAK

P054 GERIK – Fathul Huzir Ayob

P055 LENGGONG – Muhammad Rifaat Razman

P056 LARUT – Datuk Seri Hamzah Zainudin

P057 PARIT BUNTAR – Mohd Misbahul Munir Masduki

P058 BAGAN SERAI – Datuk Idris Ahmad

P059 BUKIT GANTANG – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

P060 TAIPING – Datuk See Yean Seng

P061 PADANG RENGAS – Kapten Azahari Hasan

P062 SUNGAI SIPUT – Datuk Seri Irudianathan Gabriel

P063 TAMBUN – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

P064 IPOH TIMOR – Nor Afzainizam Salleh

P065 IPOH BARAT – Chek Kwong Weng

P066 BATU GAJAH – Woo Cheong Yuen

P067 KUALA KANGSAR – Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid

P068 BERUAS – Ong Kean Sing

P069 PARIT – Muhammad Ismi Mat Taib

P070 KAMPAR – Wong Oi Foon

P071 GOPENG – Muhammad Farhan Abdul Rahim

P072 TAPAH – Datuk Muhammad Yadzan Mohammad

P073 PASIR SALAK – Jamaluddin Yahya

P074 LUMUT – Komander (B) Nordin Ahmad Ismail

P075 BAGAN DATUK – Dr. Muhammad Faiz Na’aman

P076 TELUK INTAN – Datuk Zainol Fadzi Paharudin

P077 TANJONG MALIM – Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi

 

PAHANG

P078 CAMERON HIGHLANDS – Dr. Abdul Rasid Mohamed Ali

P079 LIPIS – Datuk Mohamad Shahrum Osman

P080 RAUB – Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim

P081 JERANTUT – Khairil Nizam Khirudin.

P082 INDERA MAHKOTA – Datuk Seri Saifuddin Abdullah

P083 KUANTAN – Wan Razali Wan Nor

P084 PAYA BESAR – Aireroshairi Roslan

P085 PEKAN – Mohd Fadhil Noor Abdul Karim

P086 MARAN – Fazil Azmi Nadzri

P087 KUALA KRAU – Kamal Ashaari

P088 TEMERLOH – Salamiah Mohd Nor

P089 BENTONG – Datuk Roslan Hassan

P090 BERA – Asmawi Harun

P091 ROMPIN – Datuk Abdul Khalib Abdullah

 

SELANGOR

P092 SABAK BERNAM – Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

P093 SUNGAI BESAR – Datuk Muslimin Yahaya

P094 HULU SELANGOR – Mohd Hasnizan Harun

P095 TANJONG KARANG – Kapten (B) Datuk Zulkafperi Hanapi

P096 KUALA SELANGOR – Mohd Noor Mohd Sahar

P097 SELAYANG – Datuk Abdul Rashid Asari

P098 GOMBAK – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

P099 AMPANG – Shasha Lyna Abdul Latif

P100 PANDAN – Muhammad Farique Zubir Albakri

P101 HULU LANGAT – Datuk Dr Mohd Radzi Abd Latif

P102 BANGI – Muhammad Nazrul Hakim Md. Nazir

P103 PUCHONG – Chew Jyh Gang

P104 SUBANG – Ang Hiang Ni

P105 PETALING JAYA – Theng Book

P106 DAMANSARA – Lim Si Ching

P107 SUNGAI BULOH – Mohd Ghazali Md Hamin

P108 SHAH ALAM – Dr. Afif Bahardin

P109 KAPAR – Dr Halimah Ali

P110 KLANG – Jaya Chandran Perumal

P111 KOTA RAJA – Mohamed Diah Baharun

P112 KUALA LANGAT – Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi

P113 SEPANG – Datuk Seri Rina Mohd Harun

 

WILAYAH PERSEKUTUAN

P114 KEPONG – Phaang Jing Fatt

P115 BATU – Azhad Yahya

P116 WANGSA MAJU – Nuridah Mohd Salleh

P117 SEGAMBUT – Prabagaran Vythilingam

P118 SETIAWANGSA – Nurul Fadzilah Kamaluddin

P119 TITIWANGSA – Dr. Rosni Adam

P120 BUKIT BINTANG – Chen Win Keong

P121 LEMBAH PANTAI – Fauzi Abu Bakar

P122 SEPUTEH – Alan Wong Yee Yeng

P123 CHERAS – Chin Yoke Kheng

P124 BANDAR TUN RAZAK – Datuk Kamarudin Jaffar

P125 PUTRAJAYA – Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

 

NEGERI SEMBILAN

P126 JELEBU – Zaharuddin Baba Samion

P127 JEMPOL – Muhammad Notaffendy Mohd Salleh

P128 SEREMBAN – Mohd. Fadli Che Me

P129 KUALA PILAH – Datuk Eddin Syazlee Shith

P130 RASAH – Datuk Choong Vee Hing

P131 REMBAU – Mohd. Nazree Mohd Yunus

P132 PORT DICKSON – Rafiei Mustapha

P133 TAMPIN – Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar

 

MELAKA

P134 MASJID TANAH – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

P135 ALOR GAJAH – Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

P136 TANGGA BATU – Bakri Jamaluddin

P137 HANG TUAH JAYA – Mohd. Azrudin Md Idris

P138 KOTA MELAKA – Suhaime Borhan

P139 JASIN – Zulkifli Ismail

 

JOHOR

P140 SEGAMAT – Poobalan Ponnusamy

P141 SEKIJANG – Uzzair Ismail

P142 LABIS – Alvin Chang Teck Kiam

P143 PAGOH – Tan Sri Mahiaddin Md Yasin

P144 LEDANG – Zaidi Abd Majid

P145 BAKRI – Chelvarajan Suppiah

P146 MUAR – Abdullah Husin

P147 PARIT SULONG – Dr. Abdul Karim Deraman

P148 AYER HITAM – Muhammad Syafiq A. Aziz

P149 SRI GADING – Zanariyah Abdul Hamid

P150 BATU PAHAT – Datuk Mohd Rashid Hasnon

P151 SIMPANG RENGGAM – Mohd Fazrul Kamat

P152 KLUANG – Dzulkarnaian Alias

P153 SEMBRONG – Aziz Ismail

P154 MERSING – Muhammad Islahuddin Abas

P155 TENGGARA – Lt.Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar

P156 KOTA TINGGI – Mohamad Ridhwan Raan

P157 PENGERANG – Fairulnizar Rahmat

P158 TEBRAU – Mohamad Isa Mohamad Basir

P159 PASIR GUDANG – Mohamad Farid Abdul Razak

P160 JOHOR BAHRU – Mohd. Mohtaj Yacob

P161 PULAI – Deepak Jaikishan Jaikishan Rewachand

P162 ISKANDAR PUTERI – Tan Nam Cha

P163 KULAI – Datuk Tan Chin Hock

P164 PONTIAN – Datuk Isa Ab. Hamid

P165 TANJUNG PIAI – Najwah Halimah Ab. Alim

 

SARAWAK

P201 BATANG LUPAR – akan diumumkan

P203 LUBOK ANTU – Jugah Muyang

P205 SARATOK – Datuk Ali Biju

P217 BINTULU – Duke Janteng

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI