fbpx

PRU15: Orang Pandan, Ampang ramai pengikut saya – Ong Tee Keat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ong Tee Keat

AMPANG – Kemelut politik semasa telah mendorong bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat untuk kembali ke dunia politik dan menyertai parti Warisan selepas berehat selama lima tahun.

Beliau yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu, hari ini disahkan bertanding kembali di kerusi Parlimen Pandan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pernah menjadi ahli parlimennya selama dua penggal dari 2004 hingga 2013.

Turut bertanding di Parlimen Pandan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Tee Keat berkata, beliau masih mempunyai pengikut ramai yang percaya akan kepimpinannya di kawasan tersebut.

“Saya terharu kerana saya sekali lagi jejak kaki ke arena politik atas galakan dan jemputan rakan saya.

“Saya juga terharu kerana orang Pandan, warga Pandan dan orang Ampang juga nampaknya tidak lupakan saya,” katanya ketika berucap di Majlis Perkenalkan Calon-calon Warisan bagi kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia dalam PRU15 di sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau secara rasminya telah berdaftar sebagai ahli Parti Warisan.

“Saya kembali ke politik negara bukan kerana nak bertanding di Pandan, tapi lebih mustahak adalah wawasan parti Warisan untuk membela nasib rakyat.

“Saya rasa kecewa dan bimbang atas masa depan negara kita keranan beberapa ahli politik tidak mempunyai prinsip dan goyah dalam pendirian mereka. Selepas lama berdiam, saya sendiri mula mencelik mata dan akan memperjuangkan nasib-nasib orang Pandan dan rakyat Malaysia.

“Saya harap semua rakan-rakan saya, pengundi Pandan, rakyat Malaysia mestilah celik mata untuk memilih calon yang lebih membina masa depan dan tidak mempermainkan isu kaum,” ujarnya.

Terdahulu, Tee Kuat telah bersama MCA selama 28 tahun dan meletak jawatan pada 2017 kerana mahu menjadi ‘warganegara biasa’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI