fbpx

PRU15: Orang muda dominasi senarai calon BN Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) bersama kepimpinan UMNO Jerantut pada Majlis Aspreasiasi Kecemerlangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 dan Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Negeri Pahang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Jerantut hari ini.

JERANTUT – Barisan Nasional Pahang akan mempertaruhkan antara 60 hingga 70 peratus muka baharu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, calon-calon muka baharu kombinasi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bersama muka lama yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan pada esok.

“Calon muda berkenaan merupakan kalangan mereka yang dipilih oleh UMNO Bahagian masing-masing yang dianggap calon boleh menang dan mempunyai pengaruh di kawasan masing-masing.

“BN Pahang sudah membuat pertimbangan yang tepat serta yakin dengan kewibawaan calon berkenaan untuk berdepan dengan pembangkang dijangka memberi tentangan yang sengit pada PRU15,” katanya pada Majlis Aspreasiasi Kecemerlangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 dan Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Negeri Pahang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Jerantut di sini hari ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, kira-kira 75,000 pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun yang akan mengundi kali pertama diyakini akan memihak kepada BN kerana mereka sudah didekati oleh pemimpin BN sejak awal lagi.

“BN Pahang menjangkakan kira-kira 300,000 pengundi yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRU15 ini.

“Saya amat yakin pengundi berkenaan akan memilih BN walaupun bukan 100 peratus,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penyandang Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang mengumumkan tidak mempertahankan kerusi tersebut Wan Rosdy berkata, BN Pahang akur dengan keputusan Ahmad Nazlan.

“Beliau (Ahmad Nazlan) memberitahu akan sama-sama membantu semasa kempen bagi calon BN Parlimen Jerantut untuk memastikan kemenangan akan berpihak kepada BN.

“Saya optimis BN Pahang akan memenangi 14 kerusi Parlimen dan 42 DUN dalam PRU15 ini,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI