fbpx

PRU15: Minta Zahidi dapat Zahida?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Zahidi dan Zahida.

PADANG BESAR – Khabar angin bertiup kencang mengatakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan akan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Spekulasi itu mula tersebar sejak kelmarin selepas beberapa sumber mengatakan Zahida bakal bertanding di kerusi tersebut yang disandang Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Dakwaan berkenaan semakin kukuh apabila Zahidi mengeluarkan kenyataan agar pucuk pimpinan meneliti semula senarai calon dihantar UMNO Bahagian Padang Besar.

“Kita di Padang Besar telah menghantar senarai lima calon seperti dikehendaki perlembagaan parti bagi menghadapi PRU15.

“Sekiranya lima senarai tersebut tidak terpilih, ia mungkin akan melanggar perlembagaan parti,” katanya yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambahnya, sekiranya calon luar diletakkan di Padang Besar, ia akan mengakibatkan sokongan berbelah bahagi dan sukar untuk mendapat undi daripada penyokong tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI