KUALA LUMPUR- Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan bakal bertanding di Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (15) sekali gus menggantikan tempat penyandangnya, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Putra di sini malam tadi.
Sebelum ini, pasa PRU14, Zahidi berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili PAS, Izizam Ibrahim dengan majoriti 1,438 undi. – KOSMO! ONLINE