fbpx

PRU15: Jangan merajuk kalau tak jadi calon – Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf meminta pemimpin UMNO untuk terus memberikan sokongan penuh kepada calon yang diketengahkan.

MELAKA – Pemimpin UMNO diingatkan untuk tidak merajuk atau menentang sekiranya nama mereka tidak diumumkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) malam ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keputusan dibuat oleh kepimpinan itu adalah berlandaskan kepada kekuatan parti dan bukan individual.

“Bagi yang terpilih kita minta kerja bersungguh-sungguh dan yang tidak terpilih, kita minta untuk terus menyokong calon yang bakal diumumkan esok (malam ini).

“Ini bukan hak peribadi, inilah hak parti yang selama ini kita mesti (perlu) faham bahawa perjuangan kita berlandaskan kepada kekuatan parti, bukan kekuatan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Khas Barisan Nasional (BN) negeri di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, BN juga sedang mengaturkan gerak kerja terancang termasuk strategi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Seluruh jentera pilihan raya telah digerakkan bagi memastikan pattern yang kita buat masa PRN hari itu diaktifkan semula bagi memastikan kemenangan di kawasan-kawasan sasaran.

“Ini juga termasuklah calon yang diletakkan tidak kiralah ahli akademik ke, ahli sukan, doktor, peguam, majistret, keputusan parti
mengambil kira dalam pelbagai sudut untuk mengimbangi tuntutan sosial masyarakat sosial sekarang yang memerlukan kombinasi tokoh-tokoh,” katanya.

Terdahulu, BN menerusi surat jemputan yang dihantar oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz semalam memaklumkan, Majlis Pengumuman Calon BN akan diadakan pada pukul 8.30 malam ini di Dewan Tun Husein Onn, Kuala Lumpur.

Pengumuman itu akan dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI