fbpx

PRU15: BN P. Pinang nekad beri tamparan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSA Sheikh Fadzir (dua dari kiri) ketika Majlis Pelancaran Pas Mingguan dan Pas Bulanan di Stesen KTMB Bukit Mertajam, di sini hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – “Saya bagi jaminan Pulau Pinang sehingga hari ini masih lagi ‘very cool’ (sangat tenang). So (jadi), kita terimalah apa sahaja keputusan (siapa calon)”.

Itu kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika ditanya mengenai situasi semasa politik di negeri ini menjelang pengumuman calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malam ini.

Musa berkata, kebiasaannya, pemilihan akan dibuat berdasarkan senarai nama yang dihantar di peringkat bahagian sahaja.

Justeru menurutnya, tidak wujud sebarang perbalahan dalaman yang boleh menggugat keharmonian parti ketika ini memandangkan rata-rata calon merupakan anak tempatan.

“Di Pulau Pinang, UMNO sendiri (sebagai contoh), kita pilih pemimpin masyarakat. Kita tak pilih yang lompat dari satu tempat ke tempat yang lain (calon lompat parti). Tak ada (calon) yang hari ni bertanding tempat ni esok tempat lain.

“Tapi kalau (calon) dekati masyarakat, itu kita bagi peluang. Kita tak ‘import’ calon luar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pas Perjalanan Mingguan dan Bulanan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sektor Utara di Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Musa berkata, BN Pulau Pinang akan cuba memenangi lebih daripada dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini.

“Kita akan beri tamparan hebat pada kali ini,” katanya yang bagaimanapun enggan memperincikan calon yang terpilih sehingga pengumuman rasmi dibuat malam ini.

Difahamkan, pengumuman penuh calon BN akan dibuat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahamd Zahid Hamidi dan akan disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook (FB) Live parti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI