fbpx

PRU15: Baiah hanya kepada calon Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi ketika menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan Utama PN Arau di Utan Kandis, Arau malam semalam.

ARAU – Baiah atau janji sumpah setia yang diamalkan dalam kalangan ahli Pas tidak perlu diaplikasikan secara menyeluruh kepada semua calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, amalan tersebut dilakukan oleh ahli Pas ketika menerima watikah pelantikan sebagai calon PRU.

“Sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin melakukan perkara sama, terpulang kepada mereka. Namun dalam PN, ikrar aku janji adalah antara kaedah digunakan.

“Ia terpulang kepada parti masing-masing kerana kita tidak terikat tetapi lebih menekankan aspek kerjasama dalam gabungan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama PN Arau di Utan Kandis di sini malam semalam.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, baiah Pas yang diguna pakai adalah berdasarkan kesetiaan kepada parti itu sendiri.

“Setiap perjuangan tidak boleh mengkhianati parti, tidak boleh terlibat salah laku dan tali yang mengikat kita dalam perjuangan Islam.

“Sekiranya mengkhianati parti, ia boleh dilaknat Allah. Baiah yang ada dalam Pas kini lebih kepada kesetiaan kepada parti dan perjuangan,” ujarnya.

Ketika ditanya masih wujudkah keadaan sekiranya individu tertentu melanggar baiah akan jatuh talak ke atas isteri, Abdul Hadi menyatakan bahawa sudah tidak ada lagi amalan sedemikian.

“Baiah setia kepada khalifah itu dilakukan pada waktu khusus ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadapi Parti Semangat 46 dahulu dan amalan itu kini sudah tidak ada lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI