PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa untuk menukar calon Sungai Buloh sebaik Barisan Nasional menamakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.
Gesaan itu timbul selepas satu hantaran dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, The_Mamu yang kemudian mendapat balasan pengikut Pakatan Harapan.
“Tak boleh tukar nanti backfire. Jalan saja benda dah umum,” kata Babah Reform
“Lawan tetap lawan. Biar pengundi menentukan,” kata Mandy
“Harap Rafizi buat sesuatu, faham kawan KJ tapi biarlah teruji juga yang menang tu nanti,” gesa Ali Wafi. – KOSMO! ONLINE