fbpx

Piala Malaysia: Sabah ‘mandi peluh’ sebelum tewaskan UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemenangan 2-1 pada aksi pertama, Rabu lalu menyelamatkan Sabah untuk mengesahkan slot suku akhir Piala Malaysia apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi timbal balik di Stadium Likas, sebentar tadi. PIX MFL

SABAH dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia apabila hanya mampu menewaskan UiTM FC 3-2 secara agregat.

Kemenangan 2-1 pada aksi pertama, Rabu lalu menjadi detik bermakna buat The Rhinos apabila Sabah sekadar seri 1-1 dengan UiTM FC pada perlawanan timbal balik di Stadium Likas, sebentar tadi.

Bagaimanapun, UiTM mungkin bolos lebih banyak dan wajar berterima kasih kepada penjaga golnya, Robson Rendy Rining yang bertindak cemerlang menafikan banyak peluang merbahaya yang dicipta jentera serangan Sabah.

Terdahulu, cuaca hujan di Kota Kinabalu memaksa pegawai perlawanan menangguhkan sepak mula selama 45 minit dan aksi timbal balik ini hanya dimulakan pada jam 9 malam berbanding jadual asal yang sepatutnya dimulakan pada jam 8.15 malam.

Walaupun beraksi di atas padang basah, tuan rumah sebenarnya mampu menamatkan 45 minit pertama dengan kelebihan dua atau tiga gol sebaliknya aspek penyudah terus menghantui Sabah untuk memasuki bilik persalinan dengan kedudukkan 0-0.

Skrip hampir sama terus berulang di babak kedua dengan menyaksikan Sabah lebih banyak menguasai permainan sebaliknya UiTM FC terus ‘degil’ dan berjaya bertahan dengan lebih baik.

Minit ke-65, penantian Sabah untuk mendapatkan gol semangat akhirnya membuahkan hasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Farhan Roslan.

Sebaik memasuki masa tambahan babak kedua, UiTM FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukkan menerusi Farez Aiman sebaliknya jaringan itu sudah pun terlambat untuk menyekat kemaraan Sabah.

Di peringkat suku akhir, Sabah akan menentang Kuching City yang menewaskan Penang 4-3 secara agregat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI