SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia walaupun sekadar seri ketika menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 0-0 malam ini.
Perlawanan timbal balik yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan kedua-dua pasukan cuba untuk menjaringkan gol namun tidak berhasil.
Sebelum ini, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah menyaksikan NSFC berjaya menghasilkan kelebihan dua gol.
Separuh masa pertama dengan kedudukan seri 0-0 tamat dengan tambahan masa 3 minit.
Pembantu Jurulatih KDA FC, Abdul Hadi Abdul Hamid dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana mengganggu tugas pengadil.
Perlawanan tamat selepas tambahan masa empat minit diberikan. – KOSMO! ONLINE