fbpx

Penumpang cemas enjin pesawat terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman insiden yang dirakam oleh penumpang dari dalam kabin menunjukkan detik ketika api berwarna jingga tercetus di bahagian enjin pesawat. – Twitter

NEW DELHI – Penumpang di India mengalami detik cemas apabila enjin sebuah pesawat  terbakar semasa berlepas yang memaksa seramai 184 orang dipindahkan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Insiden itu melibatkan pesawat milik syarikat penerbangan IndiGo pada Sabtu lalu. Kejadian berlaku semasa pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi menuju ke ibu negeri Kartanaka, Bangalore.

Kebakaran mula dikesan ketika pesawat itu bergerak di landasan, menyebabkan juruterbangnya bertindak pantas dengan membatalkan perlepasan.

Rakaman oleh penumpang menunjukkan api berwarna jingga muncul di bahagian enjin pesawat.

Penumpang turut melaporkan terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat kebakaran berlaku. 

Tiada penumpang dilaporkan cedera, manakala  pesawat IndiGo itu dapat dikosongkan dengan selamat.

Menurut seorang penumpang, pesawat itu sedang bergerak laju dan hampir berlepas sebelum kebakaran berlaku.

“Semua orang cemas.  Saya tidak tahu berapa ramai orang melihat enjin pesawat terbakar kerana ramai penumpang terdiri daripada  warga emas dan kanak-kanak duduk di barisan tersebut,” katanya.

Syarikat penerbangan IndiGo berkata, pesawat tersebut mengalami masalah teknikal, justeru, juruterbang membatalkan prosedur berlepas.

“Semua penumpang dan kru berada dalam keadaan selamat. Sebuah pesawat alternatif kemudian membawa semua penumpang yang terkandas serta berlepas pada pukul 12.16 tengah malam,” kata syarikat tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI