fbpx

Pemandu rentung kereta terbabas, terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan kereta mangsa di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Seorang pemandu rentung selepas keretanya terbabas dan terbakar di Kilometer 2.0 Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) berdekatan Plaza Tol Bukit Jelutong di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu maut dalam kereta jenis Mazda.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.15 pagi.

Kata beliau, operasi disertai sepasukan lapan anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik.

“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan kereta tersebut.

“Mayat seorang individu turut ditemui rentung di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam,kebakaran itu berjaya dikawal pihaknya dalam tempoh 15 minit dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa dipercayai tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri penghadang jalan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia
dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744 atau balai polis berdekatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI