fbpx

Pecca bakal tembusi pasaran automotif di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca), pembuat upholsteri kulit automotif kini bersedia untuk meluaskan penguasaan pasarannya ke negara jiran di Indonesia selepas mengumumkan cadangan untuk mengambilalih sebuah syarikat pengeluar sarung tempat duduk kereta di negara berkenaan.

Kumpulan bakal memiliki 80 peratus pegangan dalam PT Gemilang Maju Kencana (GMK), sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Kumpulan Syarikat MPI Indonesia dengan nilai sebanyak IDR 6.4 bilion (RM1.92 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif Pecca, Foo Ken Nee berkata, Indonesia dijangka menjadi enjin pertumbuhan penting bagi Pecca dalam usaha meluaskan kehadiran asing dalam segmen sarung kerusi upholsteri dalam industri automotif. 

“Kami akan mempunyai jejak fizikal dalam negara ini, kami boleh meningkatkan pertumbuhan masa depan kami kerana Indonesia menjual lebih banyak kereta berbanding pasaran Asia Tenggara yang lain.

“Berdasarkan data pasaran, jualan kenderaan Indonesia bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 adalah sebanyak  658,232 unit, jauh mengatasi Thailand 559,537 unit dan Malaysia 447,209 unit dalam tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ken Nee menjelaskan, melalui statistik tersebut, ini menawarkan peluang besar untuk pembuat upholsteri automotif seperti Pecca di Indonesia. 

“Melalui pengalaman luas lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, kami menawarkan pelbagai produk, reka bentuk, dan campuran bahan untuk dipadankan kepada keperluan pasaran. 

“Pecca mempunyai kelebihan daya saing dalam memperoleh pesanan baharu dengan pelanggan baharu dalam pasaran Indonesia. Kehadiran GMK yang mantap dalam pasaran akan membantu Pecca untuk mempercepatkan kehadirannya dalam industri yang berdaya saing ini,” ujarnya.

Penerokaan Pecca ke Indonesia mula terbentuk di tengah-tengah usaha Kumpulan untuk menggandakan kapasiti pengeluarannya kepada 40,000 hingga 50,000 sarung kerusi sebulan menjelang akhir 2023. 

Pada masa ini, Pecca mengeluarkan 20,000 hingga 22,000 sarung kerusi setiap bulan. Peningkatan kapasiti pengeluaran akan dicapai setelah pembinaan kemudahan pembuatan kedua Pecca di Serendah siap menjelang hujung 2023. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI